beberapa sebab
yang dikatakan menjadi punca gugurnya air mata seorang lelaki. Antara
sebab-sebabnya ialah :
1. Kehilangan orang
yang dicintai
Orang yang dicintai
tidak semestinya kekasih, tetapi ahli keluarga dan juga sahabat-sahabat yang
terdekat dengan dirinya. Hati siapa yang tidak sedih bila kehilangan seseorang
yang bermakna dalam hidup kita kan?
2. Membuat orang
tuanya bangga
Baik lelaki mahupun
wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada
perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat kebahagiaan di
mata orang tuanya.
3. Melihat orang
yang disayangi sengsara
Lelaki mudah menjadi
lemah apabila melihat orang yang disayanginya sengsara. Mereka boleh
mengalirkan air mata kalau melihat orang tuanya atau ahli keluarganya terlantar
di hospital. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk,
boleh membuat mereka kecewa dengan diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan
yang mendalam.
4. Mengecewakan
orang yang terdekat dengannya
Bagi sesetengah
lelaki atau wanita, merasa sedih adalah perkara normal setelah mengecewakan
orang yang disayangi. Biarpun lelaki yang pada luarannya nampak macho, namun
mereka tetap mempunyai perasaan seperti manusia lain.
5. Kematian haiwan
kesayangan
Haiwan peliharaan
biasanya dianggap seperti teman baik atau ahli keluarganya sendiri kerana
haiwan itulah yang sentiasa berada dengannya walaupun haiwan tersebut tidak
mampu bercakap. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh menjadi
sangat rapat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan
masa bersama.
6. Ketika lamarannya
diterima
Tidak ada jawapan
lain yang diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar
kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi
juga saat dia merasa kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya adalah menikahi
wanita yang dicintainya!
7.
Dicampak/ditinggalkan oleh kekasih yang sangat dicintainya
Ditinggalkan kekasih
yang sangat dicintai kerana kehadiran orang ketiga akan membuatkan harga
dirinya turun mendadak. Egonya akan tercabar dan hatinya terguris bagaikan
dihiris sembilu! Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sangat dalam,
lelaki biasanya tidak akan mampu untuk menahan air matanya lagi.
8. Saat menikah
Walaupun lebih ramai
wanita yang menangis saat mengucap janji suci ketika saat pernikahan, lelaki
juga boleh menitiskan air mata di salah satu saat paling penting dalam hidupnya
ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan
melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
9. Saat kelahiran
anak pertama
Bukan semua lelaki
sanggup menyaksikan sendiri proses kelahiran anak pertama. Bagi mereka yang
tidak sanggup melihat, mereka adalah antara orang yang rugi kerana saat itulah
yang sebenarnya sangat bererti buat pasangan itu dan diri lelaki itu sendiri.
10. Kehilangan
barang yang dibeli dari hasil titik peluhnya sendiri
Bukan senang untuk
lelaki nak mengumpul duit dan beli sesuatu dengan hasil titik peluhnya sendiri.
Terutamanya apabila kehilangan kereta pertama atau terpaksa menjual kereta
pertamanya. Mereka mungkin akan mengalirkan air mata tanpa orang sekeliling
sedari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar